Belanjawan 2020: Kelantan kecewa tiada peruntukan bagi lima projek utama di Kelantan


KOTA BHARU, 15 Okt — Kerajaan Negeri kecewa kerana tiada peruntukan khusus bagi lima projek utama yang diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Mac lepas, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, lima projek utama berkenaan berkemungkinan terjejas kerana tiada peruntukan khusus bagi menggerakkannya.

“Kalau tak ada peruntukan untuk tahun hadapan macam mana projek nak bergerak. Tender (pembesaran) Lapangan Terbang (Sultan Ismail Petra) dah keluar tapi kalau peruntukan tak ada macam mana (nak dijalankan).

“Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah keperluan mendesak dan kita kecewa kerana dari segi prosedur, lima projek utama ini tidak akan berjalan kerana tiada peruntukan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mac lepas, Mohamed Azmin dilaporkan berkata Kelantan bakal mendapat limpahan pembangunan apabila lima projek utama akan diberi keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan dalam tempoh terdekat.

Beliau dipetik sebagai berkata, lima projek tersebut adalah Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, laluan baharu antara Pasir Puteh-Machang-Jeli, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dan Jambatan Palekbang-Kota Bharu.

Mengulas mengenai perletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohd Amar berkata Kerajaan Negeri masih memerlukan kritikan daripada semua pihak terutama wakil rakyatnya.

“Kerajaan ini walaupun dasarnya betul tapi sebagai manusia kita tetap ada buat salah, sebab itu peranan pengkritik ini penting. Dari segi undang-undang Barisan Nasional (BN) masih lagi pembangkang cuma mereka pembangkang mesra kerajaan.

“Kritikan boleh dibuat tapi dengan cara munasabah walaupun dah sokong kerajaan. Kaedah kritikan itu perlu diselaras sebab itu kita buka perbahasan untuk Belanjawan Kelantan 2020 ini,” katanya.

Md Alwi dilapor meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Kelantan berkuatkuasa hari ini ketika membahaskan Belanjawan Kelantan 2020 yang berlangsung di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Persidangan DUN Kelantan yang bermula semalam dan dijangka berakhir esok mempunyai 37 ADUN PAS, tujuh ADUN BN dan seorang ADUN Pakatan Harapan (PH).

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s