Jenis-jenis roti.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis roti yang ada di pasaran. Di bawah adalah jenis-jenis roti yang ada di Malaysia.

1. Roti Putih / White Loaf / Sandwich Loaf

Roti putih adalah roti yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Roti ini mempunyai tekstur ynag lembut serta rasa yang sedap. Roti ini boleh dibuat sebagai sandwhich mahupun roti bakar. Dengan harganya yang murah, tidak hairanlah sekiranya roti ini menjadi roti pilihan rakyat Malaysia.

2. Wholewheat / Wholemeal / Wholegrain

Roti jenis ini adalah roti yang mempunyai kandungan serat yang tinggi. Berbanding dengan roti putih, roti ini mampu membuat si pemakan berasa lebih cepat kenyang. Walaupun roti ini mempunyai pelbagai nama, tetapi sebenarnya ia merujuk kepada roti yang sama.

Dari segi rupa, roti jenis ini berwarna gelap berbanding dengan roti putih. ini kerana ia dihasilkan dari gandum yang tidak diproses sepenuhnya. Sekaligus menjadikan roti ini lebih berkhasiat berbanding dengan roti putih. Untuk mereka yang mengamalkan diet, amat sesuai untuk jadikan roti ini sebagai pilihan utama.

3. Multigrain.

Untuk roti jenis Multigrain, roti jenis ini mengandungi campuran beberapa jenis bijirin sebagai ramuan utama. Bukan sahaja roti, ia juga turut terdapat dalam jenis biskut. Dalam erti kata lain, multigrain ini adalah roti atau biskut yang dihasilkan dengan menggunakan banyak jenis bijiriin dalam satu masa.

Akhir kata, pilihlah roti yang sesuai dengan keperluan anda. Sekiranya anda adalah pengamal diet sihat, roti jenis whole adalah yang paling sesuai untuk anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s