Pengedar dadah yang juga pemandu grab di tahan di Ipoh.

IPOH, 17 Okt — Polis menahan seorang pemandu Grab dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM753,295 dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Kampung Simee di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Lim Hong Shuan berkata lelaki berumur 24 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada pukul 2 pagi.

“Polis menemukan serbuk dadah dalam paket minuman segera sebanyak 245 paket dengan anggaran seberat 15 kilogram, 50 biji pil ekstasi, ketamin seberat 11 gram dan cecair disyaki dadah beranggaran berat 2.77 liter di salah sebuah bilik di rumah kedai dua tingkat tersebut.

“Turut dirampas peralatan yang digunakan untuk membungkus dadah tersebut. Polis juga menyita sebuah kereta bernilai RM45,000,” katanya pada sidang media di IPK di sini, hari ini.

Lim berkata ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan  mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lim berkata siasatan awal mendapati suspek mula menjalankan aktiviti itu sejak sebulan lepas dan bekalan dadah berkenaan dapat menampung antara 5,000 pengguna di sekitar pusat hiburan di sekitar bandar raya Ipoh.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam sehingga 22 Okt ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Lim berkata sebanyak 10,050 orang ditangkap kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negeri ini bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Katanya daripada jumlah itu, 2,099 individu ditangkap kerana membekal dadah manakala 5,499 orang ditahan kerana memiliki dadah serta 146 orang ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas).

“Sejumlah 65,297 gram dadah jenis heroin serta 4,431 gram dadah jenis syabu dirampas sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Menurutnya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas sepanjang tempoh itu adalah RM2.1 juta manakala sitaan harta berjumlah RM5.3 juta.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s