Tanah runtuh di Simpang Pulai-Cameron

IPOH: Tanah runtuh dilaporkan berlaku di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands, tengah malam tadi, menyebabkan satu lorong terpaksa ditutup.

Kejadian membabitkan laluan Jalan Persekutuan FT 185 sepanjang 100 meter dengan kedalaman 20 meter yang dikesan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Susulan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta dan syarikat konsesi, Belati Wangsa (M) Sdn Bhd, melakukan pemantauan di lokasi terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari, dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata beliau akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu daripada pihak JKR.

“Saya meminta pemandu berwaspada apabila melalui kawasan terbabit, apatah lagi jumlah kenderaan bertambah pada hujung minggu.

“Pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi membendung kejadian buruk daripada berlaku,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sumber Gambar: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s