Situasi yang sama, akibat yang berbeza – Isu Graduan.

KUALA LUMPUR – “Bayangkan nasib seorang graduan yang hanya teruja berselfie secara beradab dan tenang telah dihukum gantung sijil sehingga dua tahun tetapi seorang lagi graduan yang memaki hamun orang lain, terjerit-jerit dan menggunakan plakad di atas pentas majlis konvokesyen sehingga mengganggu majlis konvokesyen dilepaskan oleh pihak berkuasa universiti. Sungguh tidak adil.”

Itu pendapat sinikal pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Anuar Ahmad Universiti Malaya (UM) tidak akan menarik balik ijazah graduannya, Wong Yan Ke yang membuat provokasi semasa majlis konvokesyennya baru-baru ini.

Beliau membandingkan tindakan yang sama pernah dikenakan terhadap graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hasrul Haris Mohd. Radzi yang digantung sijil diplomanya gara-gara berswafoto di atas pentas konvokesyen pada tahun 2015.

Menurut Anuar, graduan UiTM Lendu, Melaka itu digantung pengajian selepas perbuatannya itu dianggap sebagai tidak menghormati etika majlis konvokesyen.

Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hasrul Haris Mohd. Radzi yang digantung sijil diplomanya gara-gara berswafoto di atas pentas konvokesyen pada tahun 2015.

“Hanya kerana teruja berselfie sebagai gimik beliau adalah lulusan fotografi, beliau telah dianggap mencemarkan majlis konvokesyen sehingga dihukum penggantungan pengajian? Tetapi yang salah tetap salah.

“Seingat saya tidak ada seorang pun ahli politik yang membela beliau, malah masyarakat pada umumnya bersetuju ketika itu supaya beliau dihukum,” ujarnya dalam satu kenyataan di media sosialnya hari ini.

Menurutnya, berbanding kejadian minggu lepas apabila graduan UM, Yan Ke terjerit-jerit dan memaki Naib Canselor UM dengan perkataan rasis di dalam majlis rasmi konvokesyen sangat tidak beradab.

“Sepatutnya beliau juga dikenakan tindakan sebagaimana yang dikenakan pada graduan UITM.

“Tetapi hari ini seluruh rakyat Malaysia menerima satu berita yang mengejutkan. Pihak pengurusan universiti berkenaan mengambil keputusan tidak akan mengenakan apa-apa hukuman yang setimpal dengan kesalahan beliau. Malah beliau telah dilepaskan begitu sahaja,” ujarnya.

Menurut Annuar, keputusan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan disiplin kepada graduan berkenaan jelas menunjukkan isyarat bahawa pihak pengurusan tertinggi universiti berkenaan telah bersetuju dan seolah-olah ‘meraikan’ sikap biadap graduan tersebut.

“Keputusan pengurusan universiti berkenaan juga menunjukkan budaya kebiadapan boleh diraikan dan dibenarkan atas nama kebebasan bersuara walaupun kebiadaban itu dilakukan di dalam sebuah majlis rasmi dan penuh istiadat seperti majlis konvokesyen.

“Keputusan itu juga menunjukkan bahawa pihak pengurusan universiti berkenaan bersetuju dengan pelajar tersebut yang mengatakan bahawa Naib Canselor universiti berkenaan adalah seorang yang rasis dan perkauman kerana Naib Canselor berkenaan telah terlibat dalam menganjurkan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober yang lalu,” katanya lagi.

“‘Tahniah’ Wong Yan Ke. Anda hebat. Anda seorang sahaja telah berjaya mengalahkan VC universiti anda,” sindirnya.- MalaysiaGazette.

Sumber: Malaysia Gazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s