Dua butir bom dijumpai dari sindiket dadah.

GEORGETOWN – Polis menjumpai dua butir bom tangan dan lebih 600 butir peluru pelbagai jenis di dalam sebuah stor pili bomba di pangsapuri Taman Sinar Bukit Dumbar di sini malam tadi.

Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menemukan kesemua bom tangan dan peluru itu selepas menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah.

Sumber polis berkata, seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan kira-kira jam 7.30 malam sebelum dia membawa ke stor tingkat 15, blok 98 pangsapuri berkenaan dan pemeriksaan di stor menemukan bom tangan dan peluru yang masih aktif.

“Berikutan penemuan itu, sepasukan polis daripada Unit Pemusnah Bom IPK Pulau Pinang telah pergi ke stor itu kira-kira jam 9 malam bagi melakukan pemeriksaan dan meninggalkan stor berkenaan kira-kira jam 1 pagi dengan membawa bungkusan dipercayai mengandungi bom tangan,” katanya di sini hari ini.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan pemilik bahan letupan itu termasuk tujuan ia disimpan di stor terbabit.

“Polis juga mengambil keterangan beberapa penduduk di pangsapuri itu bagi membantu siasatan,” katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Sumber gambar: Astro Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s