Saat-saat sebelum ahli parlimen Nibong Tebal rebah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman rebah ketika membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Wakil rakyat PKR itu tercungap-cungap ketika membaca teks ucapannya sebelum rebah dan terduduk di tempatnya.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen segera menyambut Mansor dengan ahli Parlimen lain bergegas untuk membantunya.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang yang berusia 67 tahun itu kemudiannya dibawa ke klinik di Parlimen dengan kerusi roda.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali yang merupakan doktor berkata, Mansor mengalami tekanan darah rendah.

“Beliau akan dibawa ke hospital,” katanya ketika dihubungi FMT.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menangguhkan persidangan dan mengarahkan bantuan kecemasan diberikan kepada Mansor.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ditemui selepas mengiringi Mansor ke klinik berkata, bekas ketua PKR Pulau Pinang itu kini dalam keadaan stabil selepas diberikan rawatan kecemasan.

“Doktor kata berkemungkinan ‘syncopal attack’, bila anda bangun, kemudian bercakap, selepas itu tekanan darah turun sikit, lepas itu berlaku seperti pitam.

“Dia sudah boleh bercakap. Saya tanya kenal atau tidak siapa saya, dia kata kenal. Tekanan darah sudah naik, gula pun okey.

“Tetapi, dia mesti ikut prosedur, dia akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan sepenuhnya.”

Wong yang duduk bersebelahan Mansor di dalam Dewan Rakyat berkata, beliau segera membantu Mansor apabila mendapati ada yang tidak kena dengannya.

“Saya nampak dia hilang imbangan, jadi saya meluru ke arahnya dan membaringkannya ke lantai.”

Pada 3.55 petang tadi, beberapa pegawai perubatan mengiringi Mansor dengan kerusi roda, dipercayai untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sumber: Free Malaysia Today

Saat-saat sebelum ahli parlimen Nibong Tebal rebah.
Beliau dilaporkan stabil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s