Puting beliung di Jitra

Kira-kira 20 buah rumah rosak teruk dalam kejadian puting beliung yang melanda tiga buah kampung di Mukim Jeram, Tunjang di Jitra, pada 20 Oktober yang lalu.

Kampung tersebut ialah Kampung Pida 4 Deli, Kampung Permatang Keriang dan Kampung Gurindam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu, Kapten Kamalruzamal Kasa berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang menyebabkan bumbung rumah diterbangkan angin dan merosakkan sebahagian struktur rumah mangsa.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota bergegas ke lokasi bagi kerja pembersihan dan membantu penduduk yang terjejas,” katanya ketika dihubungi di Jitra, hari ini.

Seorang penduduk, Nurul Fahana Shahidan, 30, berkata angin kuat menyebabkan keseluruhan bumbung rumah pusaka keluarganya diterbangkan angin.

Ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen, manakala anaknya Muhammad Ainol Farhan Mohd Azmi berusia setahun sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah.

“Angin datang dengan sekelip mata menerbangkan bumbung rumah, mujur saya sempat lari keluar bersama anak menyelamatkan diri walaupun kayu siling rumah jatuh hampir menimpa kami,” katanya yang bersyukur terselamat dalam kejadian itu.

Seorang lagi mangsa, Fatimah Salam berkata, dia yang sedang mandi, terus keluar menyelamatkan diri sejurus terdengar bunyi angin kuat tiba-tiba menerpa rumahnya.

“Saya keluar menjerit memanggil dua anak berusia 29 dan 34 tahun supaya menyelamatkan diri dan kami sempat lari keluar sebelum bumbung rumah diterbangkan sejauh 50 meter di bendang belakang rumah.

“Sebelum itu, anak sulung sempat melaungkan azan dan anak kedua sedang peluk tiang rumah jiran kerana bimbang dibawa angin,” katanya yang menganggarkan kerugian dialaminya lebih RM10,000.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir bergegas meninjau lokasi bencana dan menyampaikan bantuan awal kepada mangsa yang terjejas bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Selepas ini akan ada bantuan susulan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya minta pihak terbabit datang buat bancian untuk menentukan jumlah kerosakan untuk kerja membaiki rumah,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s