Vape atau rokok?

Untuk para perokok, kita faham yang ramai diluar sana sedang cuba untuk berhenti merokok. Salah satu kaedah yang semakin popular untuk berhenti merokok, adalah dengan menggunakan rokok elektronik ataupun dikenali sebagai vape.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, tiada bukti atau kajian yang menunjukkan vape dan rokok elektronik selamat digunakan bagi merawat ketagihan merokok.

Beliau berkata kementerian juga tidak menerima sebarang maklumat cecair rokok elektronik adalah selamat dan tidak memberi kesan jangka panjang kepada paru-paru.

“Kita faham industri vape ini penting kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada remaja tetapi kita mesti seimbangkan dari segi ekonomi dan impak kepada kesihatan.

“Kalau dilihat pada data sedia ada, kemungkinan vape ini tidak selamat seperti yang didakwa untuk digunakan sebagai ganti kepada rokok,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung langkah kerajaan mengawal penjualan vape dan rokok elektronik terutama kepada generasi muda.

Menjawab soalan asal Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PH-Masjid Tanah) mengenai langkah kementerian membendung penjualan vape dan rokok elektronik secara dalam talian, Dr Boon Chye berkata, pihaknya bekerjasama dengan pentadbir media sosial bagi menyekat mana-mana laman media sosial yang mempromosikan rokok elektronik.

“Pelbagai agensi dan pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digerakkan di bawah Jawatankuasa Kerja Pakar Bagi Memperkukuhkan Kawalan Rokok Elektronik.

“SKMM boleh melakukan sekatan ke atas laman web yang menjual cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin apabila terdapat permohonan oleh pegawai kementerian yang diberi kuasa mengikut Akta Racun 1952,” katanya.

Selain itu katanya, berdasarkan kaji selidik terhadap tembakau dan e-rokok dalam kalangan orang dewasa di Malaysia yang dijalankan ke atas pelajar di sekolah awam dan swasta baru-baru ini, didapati seramai 300,000 pelajar berusia antara 10 dan 19 tahun adalah pengguna vape semasa di negara ini.

Pada pendapat admin, admin lagi menyokong untuk para perokok menggunakan vape sebagai alternatif untuk mengantikan rokok. Dan lebih baik jika, mereka dapat berhenti vaping juga.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s