Guru mati dibunuh

“SAYA lihat lelaki itu memangku mayat isterinya sambil menangis, mulut arwah (mangsa) berdarah dan keadaan biliknya berselerak,” kata saksi, Muhd Shukri Zakaria, 24.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari, Muhd Shukri tiba di rumah lelaki yang dikenali Hamzah, 51, itu selepas isterinya, seorang guru, Fauziah Yop, 46, dipercayai mati dibunuh di sebuah rumah di Kampung Banggol, Jeneri di Sik, petang hari ini.

Fauziah ditemui terbunuh oleh anak bongsunya yang baru pulang dari sekolah di bilik rumah itu dalam keadaan menelungkup dengan bahagian badan di atas katil dan kaki di bawah.

Difahamkan, Hamzah keluar rumah sekitar 12.30 tengah hari mengambil anak bongsunya sebelum tiba semua di rumah mereka pada 1.30 tengah hari.

Muhd Shukri berkata, dia bersama tiga lagi penduduk ke rumah guru berkenaan selepas dipanggil anak bongsu mangsa berhubung kejadian itu.

“Saya ketika itu sedang berniaga ayam di berhampiran rumah mangsa.

“Sampai di rumah (mangsa), saya lihat keadaan rumah berselerak dan ada laci (almari) yang terbuka.

“Apabila masuk ke bilik, saya lihat suami arwah sedang memangku mayat isterinya itu sambil menangis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Muhd Shukri berkata, dia bersama penduduk kemudian membantu mengangkat mangsa ke atas katil sebelum meminta bantuan jiran untuk menghubungi polis.

Katanya, dia tidak mendengar sebarang bunyi jeritan sebelum itu, walaupun kedudukan gerainya tidak jauh dari rumah mangsa.

“Cuma saya dan rakan nampak suami arwah keluar menjemput anaknya di sekolah pada 12.30 tengah hari sebelum tiba semula kira-kira sejam selepas itu.

“Tak sangka kejadian ini berlaku, arwah selalu ke gerai saya membeli ayam. Dia seorang yang baik serta peramah,” katanya yang juga ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan.

Sementara itu, Hamzah ketika ditemui enggan ditemu bual dan hanya berkata, “Saya tak mahu cerita apa-apa, tak sanggup saya hendak baca berita mengenai kematian isteri saya,” katanya dalam keadaan sebak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Setakat ini masih dalam siasatan, sama ada ia membabitkan kes bunuh ataupun sebaliknya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Gambar: Penang Kini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s