Tokan dadah warga Myanmar diberkas

SUNGAI BESAR – Polis memberkas dua tokan dadah warga Myanmar yang aktif mengedar dadah dalam dua serbuan berasingan di Bagan Sungai Besar, di sini bulan lalu.

Ketua Polis Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, penahanan pertama membabitkan suspek berusia 40 tahun di Jalan 4, pada 28 Oktober lalu.

Menurutnya, suspek ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan polis menjumpai satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 31 gram dan satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 5.10 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, hari ini.

Nor Azmi berkata, dua paket dadah terbabit dijumpai dalam poket seluar yang dipakai suspek.

Beliau memberitahu, heroin dirampas bernilai RM900 manakala syabu sebanyak RM700.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai dokumen diri yang sah selain hasil ujian air kencing mendapati positif dadah,” katanya.

Ujarnya, suspek direman 14 hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Sementara itu, penahanan kedua juga membabitkan lelaki juga dari Myanmar di Jalan 6, Bagan Sungai Besar, sehari selepas tangkapan pertama.

Nor Azmi berkata, suspek berusia 19 tahun ditahan kira-kira jam 5.20 petang selepas berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan pada beg suspek menemui satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 18 gram bernilai RM550.

Katanya, semakan polis mendapati suspek juga tidak mempunyai rekod perjalanan yang sah selain hasil ujian air kencing mendapati positif dadah.

“Suspek direman 14 hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Sumber Gambar: Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s