Deretan kedai terbakar di Nibong Tebal

NIBONG TEBAL, 6 Nov  — Lima kedai yang terletak sederet di Jalan Besar, Sungai Bakap di sini  musnah dalam kebakaran  malam tadi.

Namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 9.30 malam itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya bersama jentera terus ke lokasi kebakaran sebaik menerima panggilan kecemasan dan mendapati tiga kedai telah terbakar.

“Semasa tiba di lokasi, tiga kedai iaitu kedai makanan, kedai kusyen dan kedai runcit sedang terbakar, api marak dan merebak begitu cepat kerana ketika itu angin kuat,” katanya di sini hari ini.

Katanya kebakaran itu turut merebak ke dua lagi kedai iaitu kedai nasi kandar dan kedai vape yang terletak bersebelahan sebelum pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada 9.59 malam dan api di padam sepenuhnya setengah jam kemudian.

Menurutnya punca kebakaran dan jumlah kerugian lima kedai setingkat itu masih dalam siasatan.

Sumber: Bernama

Sumber gambar: Kami Anak Jati Sungai Bakap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s