Kereta dirosakkan kerana jiran tidak puas hati.

JURUTEKNIK terpaksa menanggung kerugian apabila keretanya rosak akibat dibaling kerusi oleh jiran yang tidak berpuas hati selepas ditegur kerana membuat bising di Taman Damai, Klang, 3 November lalu.

Dalam kejadian 3.40 pagi itu, Ahmad Kamal Ismail, 27, bersama isteri dan anak perempuannya berumur 4 tahun sedang tidur sebelum terjaga akibat bunyi radio yang terlalu bising.

Malah, Kamal mendakwa jiran berkenaan membakar mercun sehingga memasuki kawasan rumah dan turut terkena keretanya.

“Saya sekeluarga sedang tidur dan kami terjaga kerana jiran memasang radio terlalu kuat dan bermain mercun.

“Saya cuba menegur jiran supaya perlahankan bunyi radio, namun mereka tidak mengendahkan permintaan saya dengan memberi alasan mereka sedang mengadakan majlis makan-makan.

“Malah, tiga lelaki bertindak memanjat pagar rumah saya untuk ajak bergaduh. Isteri dan anak saya berada dalam ketakutan kerana bimbang jika berlaku perkara yang tidak elok kepada saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Kamal berkata, isteri dan anak perempuannya kini trauma selepas kejadian berkenaan dan terpaksa menumpang di rumah adiknya sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

“Jika saya saja yang terjejas akibat perbuatan jiran ini tidak mengapa, namun luluh hati saya apabila isteri dan anak berada dalam ketakutan.

“Semua ini tidak akan terjadi jika ada sikap bertimbang rasa di antara jiran tetangga. Saya tidak pernah menghalang mana-mana jiran yang ingin mengadakan majlis keramaian, namun ia juga perlu ada had,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya menahan tiga lelaki berusia antara 21 hingga 24 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan; Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Semua suspek kini dalam tahanan reman empat hari sehingga esok,” katanya.

Kejadian berkenaan turut mendapat perhatian netizen selepas tular di media sosial 3 November lalu.

Sumber: Harian Metro

Sumber gambar: Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s