Beri baucar tunai berbanding beri hamper.

GEORGE TOWN, 6 Nov  — Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mengesyorkan supaya bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin di negeri ini diberikan dalam bentuk baucar tunai berbanding pemberian hamper.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam M. Satees menyifatkan pemberian hamper kepada golongan itu oleh badan kebajikan seperti Zakat Pulau Pinang terutamanya pada bulan Ramadan dan musim perayaan disifatkan sebagai lapuk.

“Saya ingin menyatakan pandangan saya sebagai seorang ADUN di kawasan yang mempunyai 20 peratus pengundi muslim, bantuan oleh pihak zakat sesuatu yang sangat membantu mereka. Memang zakat meringankan beban keluarga miskin. Saya ada satu permintaan iaitu bantuan semasa bulan Ramadan dan perayaan, saya syorkan diberikan baucar tunai.

“Jangan kita berikan hamper yang ada beras, minyak, biskut dan sebagainya. Ini satu praktis yang saya nampak lapuk. Dengan baucar tunai mereka boleh beli sendiri barangan yang diperlukan. Ini adalah pandangan saya, bukan satu kritikan. Bukan sahaja pada bulan Ramadan, perayaan lain juga elakkan ‘budaya hamper’ ini. Berikan bantuan yang lebih bermakna seperti baucar tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2020 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.  

Sementara itu, Satees turut meminta kerajaan negeri menyegerakan proses pentauliahan Masjid Terapung di Pelabuhan Pulau Pinang, Butterworth oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang sehingga kini tidak dapat digunakan.

Beliau berkata pihak Penang Port memaklumkan telah beberapa kali membuat permohonan untuk mendapatkan tauliah itu, bagaimanapun sehingga kini tiada maklum balas daripada pihak berkaitan.

“Hampir 1,700 orang yang datang keluar dan masuk ke pelabuhan tetapi mereka tidak ada tempat untuk sembahyang. Saya harap proses untuk mendapat tauliah ini dipercepatkan supaya masjid ini dapat dimanfaatkan dan tidak terbengkalai. 

“Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk menyelenggara masjid tersebut sebab pihak Penang Port yang akan menguruskannya. Saya harap kerajaan negeri ambil serius perkara ini,” katanya.

Sumber: Bernama

Gambar sekadar hiasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s