Model pengantin saman pemilik butik pengantin?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan beberapa keping gambar tular di laman sosial mengenai beberapa model memperagakan pakaian pengantin Melayu di kawasan perkuburan bukan Islam.

Sumber gambar: Mstar

Gambar-gambar tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat negara ini kerana telah menyentuh isu sensitiviti agama dan tidak menghormati kawasan perkuburan berkenaan.

Walaupun pemilik butik pengantin itu telah membuat kenyataan meminta maaf kepada umum, difahamkan model pakaian pengantin sebenarnya dikhianati oleh pemilik butik kerana tidak memberitahu lokasi sebenar penggambaran sebelum sampai di lokasi.

Seorang pengguna Twitter, @noora1na, berkongsi situasi sebenar yang dialami oleh rakannya yang menjadi model pakaian pengantin berkenaan.

Long story short, WP(Wedding Planner) just bagitau model yang nak pergi shoot dekat bandar. They all naik satu kereta tup-tup sampai dkt tempat tu. Diorang semua tercengang. But WP tu cakap yang ni just untuk portfolio dia sahaja means untuk simpanan sendiri,” ujarnya.

“Tapi si WP ni dia pandai main cara halus. Tak inform awal2 nak shoot mana tup-tup sampai dkt situ, and bagi alasan just utk personal portfolio. Padahal niat nak viral. Ye gais WP tu mmg nak viral,” jelasnya.

Menurutnya, dia memahami bahawa kedua-dua pihak turut bersalah dalam hal ini, namun pesalah sebenar yang merancang penggambaran serta memungkiri agreement mereka adalah pemilik butik itu sendiri.

Bukan itu saja, pemilik butik juga enggan memadam gambar yang telah dimuatnaik di laman sosial atas alasan coach marketing tidak membenarkan dia melakukan perkara itu.

Dalam perkembangan terbaru, rakan Aina yang menjadi model pengantin gambar tular itu akan memfailkan saman terhadap pemilik butik. Dikhabarkan, pemilik butik itu telah melarikan diri. Harap mereka yang terlibat dapat berbincang untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Sumber gambar: the reporter

Sumber: Buzzkini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s