Kaji semula penutupan khidmat tambah nilai kad Touch ‘n Go

KUALA LUMPUR, 7 Nov — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) digesa mengkaji semula keputusan menutup perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG) di lorong keluar plaza tol milik syarikat itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PLUS perlu mengambil kira pandangan pengguna yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Katanya, langkah menutup lorong tambah nilai TnG itu mungkin keputusan yang diambil pengurusan syarikat berkenaan.

PLUS menamatkan khidmat tambah nilai TnG berkenaan mulai 5 Nov bagi mengurangkan kesesakan ekoran aktiviti tambah nilai di semua plaza tol di wilayah utara (antara Hutan Kampung dan Ipoh Utara) dan wilayah selatan (antara Seremban dan Skudai).

“Saya berharap pihak pengurusan PLUS dapat meneliti semula keputusan tersebut dengan mengambil kira pandangan pengguna lebuh raya.

“Dan mereka (PLUS) harus menyediakan pilihan bagi kemudahan pengguna,” kata Mohamed Azmin kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sumber gambar: Oh Media

Tegas Mohamed Azmin, PLUS perlu memberi perhatian terhadap pandangan yang disuarakan pengguna termasuk badan bukan kerajaan (NGO) memandangkan kemudahan itu selama ini memberi keselesaan kepada mereka selaku pengguna lebuh raya.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s