Pekerja pakai topi keledar kerana takut siling runtuh.

UTTAR PRADESH: : Gambar sekumpulan pekerja terpaksa memakai topi keledar dalam sebuah pejabat kerajaan di Uttar Pradesh di India menjadi tular di media sosial.

Kesemuanya merupakan kakitangan jabatan elektrik di daerah Banda bertindak sedemikian sebagai langkah keselamatan berikutan pejabat mereka terletak dalam sebuah bangunan usang dengan bumbung premis itu dilaporkan berlubang.

Selain itu, turut terdapat tiang di tengah bilik terbabit yang berfungsi sebagai ‘pemegang’ siling untuk mengelakkan ia runtuh.

“Kami perlu pakai helmet untuk melindungi diri masing-masing jika berlaku kejadian tidak diingini secara tiba-tiba.

“Kami ada maklumkan kepada pegawai atasan tentang keadaan bangunan itu, namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Mungkin mereka mahu tunggu salah seorang daripada kami terbunuh baru usaha membaik pulih dimulakan,” kata salah seorang pekerja.

Menurutnya, kesemua pekerja terbabit juga perlu membawa payung jika musim hujan berikutan bumbung bocor.

Bukan hanya keadaan pejabat itu yang usang, perabot yang disediakan juga sangat daif berikutan tiada laci atau almari disediakan untuk menyimpan dokumen atau fail, malah kesemua dokumen itu hanya ditempatkan di dalam kotak kadbod.

Sumber: Astro Awani

Sumber gambar: mStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s