Penjelasan pengarah mengenai penularan gambar mesra Intan dan Zul

Kalau sesiapa yang sedang menyaksikan drama ‘Setelah Ku Dimiliki’ yang kini ditayangkan di slot Akasia, pasti anda dapat lihat kemesraan teraju utamanya iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa.

Kelmarin, tular beberapa gambar mesra kedua-dua pelakon tersebut. Gambar mereka yang berdakapan dan berpelukan mesra di dalam laut telah menimbulkan tanda tanya netizen.

Walaubagaimanapun, pengarah drama itu sendiri iaitu Osman Ali meluahkan rasa terkejut dengan penularan gambar mesra tersebut. Pengarah terkenal ini turut menafikan bahawa aksi itu dilakukan sebagai gimik untuk menaikkan rating naskhah tersebut,

Dia juga menambah bahawa selepas mendapatkan kepastian daripada kesemua pihak yang terbabit di lokasi, tiada langsung penggambaran babak sedemikian dalam drama ‘Setelah Ku Miliki’.

Sementara itu, Jai mengakui dia sebenarnya melakukan dua versi penggambaran bagaimanapun kedua-dua tiada langsung menyelitkan adegan seperti dalam gambar yang tular.

Kedua-dua pelakon yang terlibat iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa tidak memberi apa-apa kenyataan rasmi mengenai gambar ‘mesra’ yang tular itu.

Sumber: Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s