30 wanita GRO ditangkap di Ipoh

IPOH, 9 Nov — Seramai 30 wanita warga Vietnam yang menjalankan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen Perak di sebuah kelab malam di Jalan C.M Yusuf di sini, malam tadi.

Pengarah Imigresen negeri Kamalludin Ismail berkata pihaknya menemui kesemua GRO di dua tempat persembunyian termasuk bilik rahsia. 

“Tempat pertama kita temui 28 orang di belakang tempat sembahyang yang mempunyai bilik rahsia. Manakala tempat kedua terdapat dua GRO menyelinap di celah kotak minuman keras,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi malam tadi.

Mengulas lanjut, Kamalludin berkata selain wanita warga Vietnam yang berumur antara 22 hingga 35 tahun itu, turut ditahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki majikan berumur 63 dan 40 tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata hasil risikan yang dijalankan mendapati kelab malam berkenan baru berpindah dan beroperasi di lokasi tersebut selama tiga bulan.

“Kelab malam ini telah berpindah dari Jalan Yang Kalsom, di sana sebelum ini kita telah serbu dan menahan 17 orang GRO serta majikan yang sama,” katanya.

Operasi yang dijalankan selama satu jam mulai 11 malam itu melibatkan 17 pegawai Imigresen Perak.

Katanya siasatan awal mendapati kesemua GRO melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s