Ketam salji dibida RM191,000

TOTTORI – Seorang pembida mencatatkan rekod dunia dengan membayar £36,000 (RM191,000) untuk seekor ketam di Jepun semalam.

Jurucakap kepada pembida yang membayar lima juta Yen untuk ketam seberat 2.6lb (1.17kg) berkata, “Saya percaya ketam ini dipenuhi dengan daging.”

Seorang pegawai kerajaan tempatan menyatakan rasa terkejutnya dengan harga tinggi.

Ketam tersebut iktiraf sebagai ‘lima bintang bersinar’ oleh pakar dan akan dijual ke sebuah restoran di daerah membeli belah, Ginza, Tokyo.

Pada tahun lalu pembeli yang sama telah membayar rekod dua juta yen (£ 14,500 atau RM77,000) untuk ketam salji di lelongan.

Ketam salji yang sangat berharga itu merupakan makanan musim sejuk yang boleh ditangkap antara bulan November dan Mac dijual pada lelongan pertama musim ini di Tottori.

Ketam salji mendapat nama dari keputihan daging mereka dan berharga sekitar £ 70 (RM370) hingga £ 200 (RM1,100) setiap satu di pasar ikan tempatan.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s