Remaja lelaki dimasukkan ke hospital kerana vape

LABUAN – Seorang remaja lelaki telah dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru disyaki akibat menghisap vape menjadikan kes pertama yang dilaporkan di Labuan.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, satu pemeriksaan menyeluruh telah dilakukan bagi mencari punca sebenar remaja berusia 17 tahun itu menghidapi komplikasi paru-paru.

“Remaja lelaki itu telah dimasukkan ke hospital pada 4 November akibat kesukaran bernafas, beliau seorang penghidap asma dan telah diberikan rawatan bagi mengubatinya di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Bagaimanapun semasa di ICU beliau telah didiagnosis menghidapi beberapa kerosakan bahagian dalam paru-paru di samping simptom rhabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang,” katanya.

Dr Ismuni berkata, berdasarkan kepada siasatan mendapati remaja itu menghisap vape selama dua minggu sebelum beliau dimasukkan ke ICU.

“Siasatan kami juga mendedahkan yang remaja itu bukan sahaja menghadapi beberapa kerosakan pada bahagian dalaman paru-paru namun ia boleh juga disebabkan oleh penyakit otoimun yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia atau menghisap vape.

“Penyiasatan kami masih berjalan, aya minta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati privasi keluarga remaja tersebut,” katanya.

Sumber: Bernama

Gambar Hiasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s