Pemandu Audi putih diburu

Johor Bahru: Polis sedang memburu pemandu sebuah kereta Audi putih yang menghalang seorang wanita sambil menunjukkan tanda lucah, selain merakam gambar mangsa dalam kejadian tular di Facebook (fb) hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, berkata mangsa seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan pada jam 9.41 pagi di Balai Polis Johor Jaya, Jumaat lalu.

Bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Polis sedang mengesan dan menahan suspek. Berdasarkan keterangan saksi dan video yang tular itu, polis sudah mengenal pasti pemilik kereta namun belum menemuinya.

“Berikutan itu, orang ramai yang mengenali atau tahu di mana suspek berada di minta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam video yang tular berdurasi 4:28 saat, kelihatan seorang pemandu wanita melalui Giant Plentong sebelum tiba-tiba dipintas sebuah Audi putih yang kemudiannya memberhentikan kereta berkenaan.

Seorang lelaki kemudian keluar dari Audi itu dipercayai berhampiran Shell Plentong sambil berkata ‘Bangong, tau bawa kereta tak tau…’ menyebabkan wanita berkenaan turut membalas dengan mengatakan hanya memandu di dalam lorongnya.

Lelaki berkenaan kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar.

Sumber: Berita Harian

Jom follow facebook: Facebook Duku Langsat

One thought on “Pemandu Audi putih diburu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s