Graduan Diploma Kejuruteraan digesa mempertimbang kerjaya dalam bidang ketenteraan

KUANTAN, 11 Nov — Graduan Diploma Kejuruteraan terutama yang pernah menyertai pasukan Askar Wataniah, digesa mempertimbang kerjaya dalam bidang ketenteraan secara sepenuh masa untuk memperoleh gaji yang baik.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Dr Mohammad Naim Yaakub berkata mereka juga digalakkan untuk menyertai tentera kerana telah dilatih menerusi kokurikulum pasukan sukarelawan berkenaan.

“Tawaran gaji pokok yang diberikan ialah RM2,060 iaitu satu tangga gaji yang cukup tinggi berbanding rata-rata lulusan diploma yang memperoleh RM1,500 hingga RM1,700 sebulan bagi semua sektor yang diceburi.

“Malah, saya juga maklum anggota yang memiliki diploma kejuruteraan yang bertugas dalam bidang kritikal dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dibayar lebih tinggi iaitu RM2,340 sebulan,” katanya dalam ucapan perasmian Malaysia Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) ke-14, di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Mohamad Noor Shahudin.

Dr Mohammad Naim Yaakub

Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Memerintah Rejimen ke-12 Askar Melayu Diraja Leftenan Kolonel Mohamad Rizal Saad dan Pengarah POLISAS Dr Abd Latif Ahmad.

Perkhemahan tahunan pasukan Askar Wataniah politeknik seluruh Malaysia itu berlangsung mulai hari ini sehingga 24 Nov dengan disertai seramai 857 peserta dan membabitkan latihan pelbagai kemahiran termasuk menembak, kawad, jalan laju dan pentadbiran.

Beliau berkata tangga gaji yang ditawarkan bagi graduan bidang kejuruteraan itu mampu meningkatkan motivasi mereka sekali gus membuktikan kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan masa depan.

Mohammad Naim turut berkata secara keseluruhannya, pembabitan pelajar politeknik dalam pasukan Askar Wataniah telah berjaya membentuk jati diri, disiplin dan keterampilan mereka yang mana ramai antara mereka telah memasuki perkhidmatan unit beruniform seperti ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Sumber: Bernama

Jom follow facebook: Duku Langsat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s