Khalid yakin pemilik tanah akan jual tanah mereka

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad yakin pemilik tanah di Kampung Baru akan bersetuju untuk menjual tanah mereka bagi tujuan pembangunan semula kampung yang berusia lebih 100 tahun itu.

Menurutnya, ini kerana tawaran yang mencecah sehingga RM43.5 juta bagi satu ekar atau 0.4046 hektar tanah di kawasan itu merupakan paling tinggi dalam sejarah.

“Sekali lagi saya ingin sebutkan bahawa kita (kerajaan) akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek ini (pembangunan semula Kampung Baru).

“Bukan sebab ada dalam KPI (petunjuk prestasi utama) saya atau cuba untuk tinggalkan legasi tetapi apa yang kita ingin lakukan adalah untuk selesaikan masalah di Kuala Lumpur tanpa ada mana-mana pihak yang rugi.

“Jadi saya yakin bahawa saya boleh dapatkan persetujuan pemilik untuk jual (tanah mereka). Ini bukan wayang tapi usaha bersungguh-sungguh kerajaan menjayakan projek demi manfaat semua pihak,” katanya pada sidang media mengenai cadangan pembangunan Kampung Baru di Menara Seri Wilayah di sini hari ini.

Khalid berkata, setakat semalam, seramai 1,716 daripada 5,359 pemilik telah memberikan maklum balas berhubung projek itu.

“Daripada 1,716 atau 32 peratus yang memberikan maklum balas itu, 93.7 daripadanya telah bersetuju, 6.2 peratus tidak setuju dan 0.1 peratus lagi tidak jelas,” katanya.

Menurutnya, ketika ini pegawai dari Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) juga giat turun padang untuk bertemu pemilik bagi memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai usaha yang dilakukan kerajaan itu.

“Mungkin dilema yang akan kita hadapi melibatkan tanah yang mempunyai pemilik yang ramai. Sebagai contoh satu geran ada 10 orang, tujuh setuju manakala tiga lagi tidak setuju.

“Masalah-masalah ini kita kena lihat semula sama ada kita hendak campur tangan atau sebagainya sebab kalau boleh kita tidak mahu gunakan undang-undang dan kita cuba untuk dapatkan persetujuan semua,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan harga tawaran baharu pembelian tanah Kampung Baru bernilai RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi berbanding RM850 sebelum ini.

Harga RM150 setiap kaki persegi itu akan diperoleh dalam bentuk pegangan saham dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang akan ditubuhkan kelak.

Sumber: Sinar Harian

Jom follow facebook: Duku Langsat

Raja ubat suda kembali@RM35 : Klik sini untuk beli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s