Plaza Rakyat dan Hotel Hyatt akan dibangunkan semula

PUTRAJAYA, 11 Nov — Dua projek terbengkalai sejak sekian lama di tengah pusat bandar Kuala Lumpur – Plaza Rakyat dan Hotel Hyatt – akan dibangunkan semula, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata Plaza Rakyat, yang terletak di Jalan Pudu dan terbengkalai sejak 1992, akan dibangunkan pemaju baharu dan perintah pembangunan projek berkenaan akan dikeluarkan hujung tahun ini selepas pemaju itu menyelesaikan caj yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Hotel Hyatt di Jalan Sultan Ismail mula dilaksanakan pada tahun 1993 dan terbengkalai sebelum diadakan beberapa siri pindaan pada 1998, 2003 dan 2013 tetapi tetap terbengkalai. Kami jangkakan ia akan dimulakan sebelum hujung tahun ini oleh pemaju asalnya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bagi memastikan kedua-dua projek itu tidak lagi terbengkalai, Khalid berkata pihaknya menetapkan beberapa syarat selain memeriksa latar belakang serta kemampuan kontraktor termasuk dari segi kewangan.

“Jadi tiada sebab kami curiga terhadap kemampuan mereka, kalau gagal juga maknanya pemaju terbabit akan kehilangan beratus juta ringgit. Kami bantu dengan memberi beberapa kelonggaran dan insentif antaranya diskaun 50 peratus untuk caj pembangunan,” katanya.

Beliau berkata pembangunan projek terbengkalai itu membuktikan kerja-kerja pembangunan di Kuala Lumpur masih rancak meskipun keadaan pasaran hartanah perlahan.

Sumber: Bernama

Jom like facebook: Duku Langsat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s