Tiada halangan minum arak di kawasan awam

BANGI,  – Kerajaan Selangor menetapkan tiada larangan kepada mana-mana individu meminum arak di kawasan awam yang mana perkara itu selaras dengan ketetapan Undang-Undang Kecil Taman (2005).

Bagaimanapun Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han menegaskan, individu yang meminum arak hingga mendatangkan kekecohan akan dikenakan tindakan tegas.

Beliau berkata, polis mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap peminum arak itu sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mengambil langkah menjalankan rondaan pemantauan di lokasi awam dan jika berlaku kacau ganggu akibat mabuk, mereka akan melaporkan terus kepada polis,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab permintaan Chua Wei Kiat (PKR-Rawang) yang mahukan penerangan berhubung tindakan Kerajaan Selangor dalam mengatasi kekecohan yang dilakukan peminum arak di kawasan awam ketika sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ng Sze Han

Dalam pada itu, Sze Han berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan pihak PBT mengambil inisiatif memasang papan tanda peringatan bagi melarang meminum minuman keras di kawasan awam bagi menjaga keselesaan dan ketenteraman pengunjung.

Katanya, Kerajaan Selangor turut menetapkan jarak operasi premis perniagaan minuman keras dari rumah ibadat, pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan.

“Kerajaan juga menetapkan satu garis panduan penjualan minuman keras yang diguna pakai setiap PBT seperti mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual arak kepada pembeli di bawah 18 tahun,” kata beliau.

Sumber: Ismaweb.net

Jom follow facebook: Duku Langsat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s