Johor berhasrat beri air percuma kepada golongan M40

PONTIAN, 14 Nov  — Kerajaan negeri Johor berhasrat untuk memperluaskan skim pemberian air percuma kepada golongan berpendapatan pertengahan (M40) dan juga meningkatkan kapasiti sehingga 15 atau 20 meter padu, berbanding 10 meter padu ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse bagaimanapun berkata ia hanya akan dilaksanakan sekiranya keadaan kewangan kerajaan negeri mampu untuk menampung peruntukan tahunan.

Katanya setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM22 juta khusus untuk skim pemberian air percuma yang setakat ini hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dengan kapasiti 10 meter padu.

“Memang (berhasrat), tetapi ikut kadar kewangan negeri dan sekiranya ada penambahan kemungkinan kita akan kembangkan program ini kepada golongan M40 atau pun daripada 10 meter padu kita tingkatkan lagi kepada 15 atau 20 meter padu.

“Tetapi ini untuk masa hadapan dan bukan tahun ini…hasrat itu ada cuma faktor kewangan tidak mengizinkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Program Penerangan Air Percuma dan Skim Peduli Kesihatan (PEKA) B40  di Kampung Sungai Burong, di sini, hari ini.

Menurutnya setakat ini skim pemberian air percuma  itu telah memanfaatkan seramai 165,000 golongan B40 seluruh negeri.

Puah turut menjelaskan bahawa peruntukan  hampir RM22 juta setahun itu mampu menampung sehingga 250,000 golongan B40.

“Kita peruntukkan hampir RM22 juta tetapi tidak semua habis…kerana dalam 20 peratus mungkin ada yang tidak layak, tidak daftar.

“Kita mahu agar lebih ramai orang dapat manfaat…dan daripada 100 peratus sasaran kita (250,000), setakat ini hanya 80 peratus sahaja iaitu 165,000 golongan B40 yang terima manfaat,” katanya.

Sumber: Bernama

Jom like facebook: Duku Langsat

Promosi penapis air: Klik sini untuk detail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s