Peniaga diingatkan agar tidak menaikkan harga barang pada musim cuti sekolah ini

KUALA TERENGGANU, 18 Nov — Golongan peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan makanan dengan sesuka hati pada musim cuti sekolah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman berkata, isu itu akan timbul setiap kali musim cuti berikutan peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.

Justeru beliau berkata, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan pemantauan lebih aktif bagi mengesan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Kita akan guna sepenuhnya khidmat agensi seperti KPDNHEP untuk tegakkan hak pengguna dan peniaga yang dikesan melakukan kesalahan akan berdepan tindakan seperti kompaun dan seumpamanya,” katanya kepada pemberita pada Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Zon Timur 2019, di Dataran Syahbandar di sini, malam tadi.

Mohd Nur Khuzaini berkata pengguna juga diminta membuat laporan kepada KPDNHEP sekiranya berlaku peningkatan harga mendadak pada musim cuti sekolah manakala pihak berkuasa menyediakan pelbagai medium untuk menerima aduan termasuk laman sosial Facebook, sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.

Sumber: Bernama

Jom like Facebook: Duku Langsat

Promosi penapis air: Klik sini untuk detail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s