Karnival Upin dan Ipin di MITC Ayer Keroh

MELAKA, 18 Nov — Kira-kira 300,000 pengunjung disasarkan menghadiri Karnival Upin & Ipin 2019 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini dari 29 Nov hingga 1 Dis ini.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, karnival keluarga terbesar itu julung kali diadakan di luar Lembah Klang selain turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2019.

Beliau berkata, sasaran itu dilihat mampu dicapai berdasarkan tarikan utama penampilan Upin dan Ipin yang mempunyai peminat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat selain menyasarkan pengunjung dari selatan tanah air antaranya Johor termasuk Melaka dan Negeri Sembilan selain peminat dari Singapura serta Indonesia.

“Setiap tahun pada penganjuran karnival ini ia akan membawa keunikan dan kelainan tersendiri. Pada kali ini tarikan utama ialah Dewan Inderaloka yang merupakan ‘Kerajaan Fantasi’ dalam filem pecah panggung ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’.

“Pengunjung berpeluang mengalami dan melihat pengembaraan animasi Upin, Ipin dan kawan-kawan di Pelabuhan Megah dan Pulau Angan Makanan yang turut menampilkan watak-watak dongeng seperti Mat Jenin, Raja Bersiong dan Nakhoda Ragam,” katanya pada sidang media karnival itu di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Jabatan Ketua Menteri Melaka, Zairi Suboh.

Burhanuddin berkata pengunjung juga boleh menyaksikan pertunjukan pentas bertemakan siri-siri fenomena keluaran Les’ Copaque Production yang melibatkan 20 maskot dalam pelbagai pertunjukan seperti ‘Upin & Ipin’, ‘Pada Zaman Dahulu’, dan ‘Puteri’. 

Beliau berkata, selain itu, terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sesuai untuk seisi keluarga seperti mengunjungi Rumah Opah dan bertemu Dinosaur Bro selain meneroka Rumah Usang Nenek Kebayan serta pelbagai aktiviti lain yang menarik antaranya Hutan Rimba, Kapal Angkasa Dadudido dan Rumah Ehsan.

“Bersempena karnival ini turut diadakan ‘Larian Ria Upin & Ipin’ yang berlangsung pada 30 Nov bermula 7 pagi dan peserta akan mendapat medal serta beg jerut Upin atau Ipin dengan hadiah istimewa,” katanya.

Tiket boleh didapati di https://karnivalupinipin.com.

Sumber: Bernama

G-SHOCK ORIGINAL: Klik sini untuk beli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s