PH hilang fokus, ditenggelami populariti ‘bossku’

ALOR SETAR – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai menunjukkan isyarat pola perubahan selera politik Malaysia boleh berubah dari semasa ke semasa.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, Pakatan Harapan (PH) dilihat seolah hilang fokus setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu malah masih bersikap seperti pembangkang menjadikan tarikan ceramah dan kempen PH tidak lagi menyengat berbanding dahulu.

Md Shukri Shuib

Menurutnya, ditambah pula dengan kegagalan PH menunaikan beberapa manifesto, peningkatan kos sara hidup, serta keputusan dan dasar kerajaan di semua peringkat yang dijadikan ukuran pengundi.

“Saya percaya dalam masa terdekat ini hasil suara rakyat di Tanjung Piai akan berlaku satu situasi politik luar jangka yang baharu dan menarik.

“PH akan berhadapan dilema dan pertembungan dalaman yang hebat, namun diharap ia tidak jejaskan kestabilan dan keselamatan negara,” katanya.

Katanya, sudah tiba masanya PH mengubah gerak kerja mereka, sama ada di peringkat Kabinet, negeri mahupun kepimpinan semua peringkat.

“Sudah tiba masanya kerajaan serius mendekati masalah sebenar rakyat di pelbagai peringkat, supaya apa yang diperlukan rakyat dapat difahami.

“Hayati kehidupan dan keperluan rakyat, dekati dan sayangi mereka,” katanya.

Md Shukri berkata, kemerosotan pengaruh PH turut dipengaruhi populariti pembangkang yang kini serasi dengan konsep bossku Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Konsep pembangkang popular kini ada pada Najib, malah ikatan bersama Pas yang dipenuhi penceramah hebat mampu menarik minat pengundi,” katanya.

Menurutnya, populariti ‘bossku’ Najib serta sindiran tajam beliau menjadi alat politik paling berkesan yang pernah dilakukan UMNO.

“Struktur PH kelihatan tidak kukuh selain dibayangi ramai pembuat keputusan antara asas utama kekalahan, malah jentera PH dilihat kurang tersusun.

“PH ditenggelami populariti ‘bossku’ dengan gaya santai dan mesra ternyata berjaya menarik minat pelbagai golongan termasuk orang muda,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

G-SHOCK ORIGINAL: Klik sini untuk beli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s