Tiada rokok elektronik atau vape didaftar sebagai alat berhenti merokok

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Tiada sebarang rokok elektronik (e-cigarette) atau vape yang didaftar sebagai alat atau ubat untuk berhenti merokok ketika ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. Bagaimanapun katanya, cecair vape yang mengandungi nikotin dikawal kementerian itu di bawah Akta Racun … Continue reading Tiada rokok elektronik atau vape didaftar sebagai alat berhenti merokok

Plaza Rakyat dan Hotel Hyatt akan dibangunkan semula

PUTRAJAYA, 11 Nov — Dua projek terbengkalai sejak sekian lama di tengah pusat bandar Kuala Lumpur – Plaza Rakyat dan Hotel Hyatt – akan dibangunkan semula, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad. Beliau berkata Plaza Rakyat, yang terletak di Jalan Pudu dan terbengkalai sejak 1992, akan dibangunkan pemaju baharu dan perintah pembangunan projek berkenaan akan dikeluarkan hujung tahun ini selepas pemaju itu menyelesaikan caj yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. “Hotel Hyatt di Jalan Sultan Ismail mula dilaksanakan pada tahun 1993 dan terbengkalai sebelum diadakan beberapa siri pindaan pada 1998, 2003 dan 2013 tetapi tetap terbengkalai. Kami jangkakan ia … Continue reading Plaza Rakyat dan Hotel Hyatt akan dibangunkan semula

Tiada halangan minum arak di kawasan awam

BANGI,  – Kerajaan Selangor menetapkan tiada larangan kepada mana-mana individu meminum arak di kawasan awam yang mana perkara itu selaras dengan ketetapan Undang-Undang Kecil Taman (2005). Bagaimanapun Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han menegaskan, individu yang meminum arak hingga mendatangkan kekecohan akan dikenakan tindakan tegas. Beliau berkata, polis mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap peminum arak itu sekiranya berlaku perkara tidak diingini. “Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mengambil langkah menjalankan rondaan pemantauan di lokasi awam dan jika berlaku kacau ganggu akibat mabuk, mereka akan melaporkan terus kepada polis,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini. … Continue reading Tiada halangan minum arak di kawasan awam

Graduan Diploma Kejuruteraan digesa mempertimbang kerjaya dalam bidang ketenteraan

KUANTAN, 11 Nov — Graduan Diploma Kejuruteraan terutama yang pernah menyertai pasukan Askar Wataniah, digesa mempertimbang kerjaya dalam bidang ketenteraan secara sepenuh masa untuk memperoleh gaji yang baik. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Dr Mohammad Naim Yaakub berkata mereka juga digalakkan untuk menyertai tentera kerana telah dilatih menerusi kokurikulum pasukan sukarelawan berkenaan. “Tawaran gaji pokok yang diberikan ialah RM2,060 iaitu satu tangga gaji yang cukup tinggi berbanding rata-rata lulusan diploma yang memperoleh RM1,500 hingga RM1,700 sebulan bagi semua sektor yang diceburi. “Malah, saya juga maklum anggota yang memiliki diploma kejuruteraan yang bertugas dalam bidang kritikal dalam … Continue reading Graduan Diploma Kejuruteraan digesa mempertimbang kerjaya dalam bidang ketenteraan

Najib diarah membela diri

KES SRC NAJIB l Bekas perdana menteri, Najib Razak, diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC). Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi kes tersebut. Menurut Mohd Nazlan, Najib memainkan peranan dalam pinjaman SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2011. Beliau juga mendapati bekas presiden Umno itu menggunakan dana sebanyak RM42 juta daripada SRC untuk kepentingan sendiri. Jika didapati bersalah, Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun … Continue reading Najib diarah membela diri

Penjawat awam dan pengawal keselamatan ditangkap berkhalwat

SUNGAI PETANI: Hanya kerana mahu melepas rindu, sepasang kekasih bertindak menyewa sebuah bilik hotel sebelum dicekup berkhalwat dalam operasi mencegah maksiat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), di sini malam tadi. Pasangan kekasih itu yang berusia lingkungan 30-an masing-masing bekerja sebagai penjawat awam dan pengawal keselamatan ditahan dalam operasi kira-kira jam 12 tengah malam. Difahamkan, wanita itu ditemui hanya berselimut di atas katil, manakala pasangannya hanya berseluar tanpa baju ketika serbuan dilakukan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata operasi tertumpu di sekitar kawasan yang disyaki menjadi tumpuan pasangan melakukan maksiat. Beliau berkata, pihaknya … Continue reading Penjawat awam dan pengawal keselamatan ditangkap berkhalwat