Ketam salji dibida RM191,000

TOTTORI – Seorang pembida mencatatkan rekod dunia dengan membayar £36,000 (RM191,000) untuk seekor ketam di Jepun semalam. Jurucakap kepada pembida yang membayar lima juta Yen untuk ketam seberat 2.6lb (1.17kg) berkata, “Saya percaya ketam ini dipenuhi dengan daging.” Seorang pegawai kerajaan tempatan menyatakan rasa terkejutnya dengan harga tinggi. Ketam tersebut iktiraf sebagai ‘lima bintang bersinar’ oleh pakar dan akan dijual ke sebuah restoran di daerah membeli belah, Ginza, Tokyo. Pada tahun lalu pembeli yang sama telah membayar rekod dua juta yen (£ 14,500 atau RM77,000) untuk ketam salji di lelongan. Ketam salji yang sangat berharga itu merupakan makanan musim sejuk … Continue reading Ketam salji dibida RM191,000

Pekerja pakai topi keledar kerana takut siling runtuh.

UTTAR PRADESH: : Gambar sekumpulan pekerja terpaksa memakai topi keledar dalam sebuah pejabat kerajaan di Uttar Pradesh di India menjadi tular di media sosial. Kesemuanya merupakan kakitangan jabatan elektrik di daerah Banda bertindak sedemikian sebagai langkah keselamatan berikutan pejabat mereka terletak dalam sebuah bangunan usang dengan bumbung premis itu dilaporkan berlubang. Selain itu, turut terdapat tiang di tengah bilik terbabit yang berfungsi sebagai ‘pemegang’ siling untuk mengelakkan ia runtuh. “Kami perlu pakai helmet untuk melindungi diri masing-masing jika berlaku kejadian tidak diingini secara tiba-tiba. “Kami ada maklumkan kepada pegawai atasan tentang keadaan bangunan itu, namun tiada sebarang tindakan diambil. “Mungkin mereka mahu tunggu salah … Continue reading Pekerja pakai topi keledar kerana takut siling runtuh.