Malaysia kalahkan Thailand 1-0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas mengalahkan Thailand 1-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja hari ini. Kemenangan tipis itu membolehkan skuad B-18 negara berjaya mengekalkan rekod bersih untuk muncul juara Kumpulan G dengan mengutip maksimum 12 mata dalam empat perlawanan. Malaysia hanya memerlukan keputusan seri ke atas Thailand, namun jaringan Muhammad Umar Hakim Suhar Redzuan pada minit ke-84 memberi tiket automatik kepada anak buah Brad Maloney ke pusingan akhir di Uzbekistan, Oktober tahun depan. Selepas kedua-dua pasukan gagal menyudahkan banyak peluang walaupun sering … Continue reading Malaysia kalahkan Thailand 1-0

Malaysia tewaskan Tajikistan 1-0

Aksi pemain Malaysia ketika perlawanan persahabatan menentang Tajikistan di Kuala Lumpur malam tadi. KUALA LUMPUR: Rancangan Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak negara, Tan Cheng Hoe untuk mencari formula terbaik menjelang dua perlawanan penting menentang Thailand dan Indonesia nampaknya membuahkan hasil, apabila Malaysia menewaskan Tajikistan 1-0 dalam perlawanan persahabatan Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Penyerang Johor Darul Ta’zim, Muhammad Safawi Rasid yang dimasukkan pada minit ke-62 menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72 selepas mendapat umpanan rakan sepasukan, melakukan satu gerakan solo dan menggelecek seorang pemain pertahanan Tajikistan sebelum merembat masuk bola ke dalam gawang lawan. Malaysia melalui … Continue reading Malaysia tewaskan Tajikistan 1-0