NCIG hentikan operasi di Malaysia

“Bukan mudah bagi kami tapi ini jalan terbaik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NCIG (M) Sdn Bhd, Shariffuddin Bujang yang mengumumkan syarikat berkenaan bakal menghentikan operasi di Malaysia. Beliau ketika ditemui di sidang media sebentar tadi memaklumkan susulan berita negatif yang sering dikaitkan dengan mereka sebelum ini mendorong NCIG untuk melakukan langkah drastik. “Bukan mudah kerana setakat ini kami sudah membantu 170,000 pengguna yang berazam untuk berhenti merokok secara perlahan. “Selagi Malaysia tidak memperkenalkan regulasi terhadap kandungan nikotin dalam rokok elektronik, ini menjadi halangan buat kami bagi memenuhi misi utama NCIG untuk membantu lapan juta perokok di Malaysia berhenti merokok,” katanya … Continue reading NCIG hentikan operasi di Malaysia

Vape atau rokok?

Untuk para perokok, kita faham yang ramai diluar sana sedang cuba untuk berhenti merokok. Salah satu kaedah yang semakin popular untuk berhenti merokok, adalah dengan menggunakan rokok elektronik ataupun dikenali sebagai vape. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, tiada bukti atau kajian yang menunjukkan vape dan rokok elektronik selamat digunakan bagi merawat ketagihan merokok. Beliau berkata kementerian juga tidak menerima sebarang maklumat cecair rokok elektronik adalah selamat dan tidak memberi kesan jangka panjang kepada paru-paru. “Kita faham industri vape ini penting kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada remaja tetapi kita mesti seimbangkan dari segi ekonomi dan impak kepada … Continue reading Vape atau rokok?

Tak cukup duit setiap bulan?

Berikut adalah cara-cara untuk menambah pendapatan anda. 1. Sebagai perkerja Part Time Ini adalah cara yang paling mudah untuk menambahkan pendapatan. Banyak syarikat mahupun entiti yang sentiasa memerlukan pekerja part time. Contoh kerja part time yang boleh dilakukan adalah waiter, cashier, dan lain-lain. Sekiranya menjadi pekerja part time, kemungkinan seseorang itu 2. Jadi Agen Agent adalah antara cara yang dapat meningkatkan pendapatan bulanan seseorang. Berbanding dengan pekerja part time, jumlah pendapatan yang boleh dihasilkan oleh seorang agent mungkin lebih banyak . Contoh agen, agen insurans, agen coway, dan agen dropship. 3. Pemandu ehailing Dengan kecanggihan teknologi, telah wujud banyak peluang … Continue reading Tak cukup duit setiap bulan?

Kelebihan hari Jumaat

1. Hari Paling MuliaHari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini. Abu Hurairah R.A meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam as) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim) 2. Hari Bagi Kaum MusliminHari Jumaat adalah hari berkumpulnya umat Muhammad SAW dalam masjid untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengar dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat … Continue reading Kelebihan hari Jumaat

Sistem pembayaran elektronik RFID

Menurut pihak Touch n Go, RFID ialah satu sistem pembayaran elektronik yang hanya menggunakan pelekat ketika untuk melepasi tol. Pelekat RFID mempunyai ciri-ciri yang unik dimana, ia tidak memerlukan bateri ataupun device untuk berfungsi. Korang cuma perlu lekatka pelekat tu di lampu depan ataupun di cermin depan. RFID menggunakan sistem frekuensi radio untuk berfungsi. Apabila melepasi tol, scanner di tol tersebut akan membaca pelekat RFID korang dan seterusnya menolak baki dari ewallet touch n go korang. Jangan lupa yang sistem RFID perlu didaftarkan dalam app touch n go sebelum bole digunakan sepenuhnya. Untuk menambah nilai, anda bole menambah nilai melalui … Continue reading Sistem pembayaran elektronik RFID

Jenis-jenis roti.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis roti yang ada di pasaran. Di bawah adalah jenis-jenis roti yang ada di Malaysia. 1. Roti Putih / White Loaf / Sandwich Loaf Roti putih adalah roti yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Roti ini mempunyai tekstur ynag lembut serta rasa yang sedap. Roti ini boleh dibuat sebagai sandwhich mahupun roti bakar. Dengan harganya yang murah, tidak hairanlah sekiranya roti ini menjadi roti pilihan rakyat Malaysia. 2. Wholewheat / Wholemeal / Wholegrain Roti jenis ini adalah roti yang mempunyai kandungan serat yang tinggi. Berbanding dengan roti putih, roti ini mampu membuat si pemakan berasa … Continue reading Jenis-jenis roti.