Pemandu Audi putih ditahan

JOHOR BAHRU, 11 Nov — Seorang lelaki ditahan polis dipercayai terlibat dalam kes buli jalan raya terhadap seorang pemandu wanita dalam kejadian yang berlaku di Jalan Johor Jaya Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata, bertindak atas maklumat, ‘pembuli’ berumur 27 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di Permas Jaya untuk membantu siasatan. “Satu laporan polis diterima IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Seri Alam Jumaat lalu oleh seorang perempuan berusia 26 tahun di Balai Polis Johor Jaya menyatakan kira-kira 8.30 pagi semasa mangsa memandu di Jalan Johor Jaya, keretanya telah dipotong oleh sebuah kereta lain dari sebelah kiri lalu berhenti di hadapan kereta mangsa.  “Seorang lelaki … Continue reading Pemandu Audi putih ditahan

Apa lagi ni Aliff…

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz ditahan polis di Singapura kerana didakwa menganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk. Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas penyanyi itu didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi tadi di kawasan Orchard Road. “Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, Aliff yang nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan. “Dia kemudian ditangkap di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak. “Menurut polis lagi, Aliff juga bergelut dengan pegawai bertugas ketika mereka cuba menggari tangannya. Bagaimanapun siasatan polis masih dijalankan,” lapor portal terbabit. … Continue reading Apa lagi ni Aliff…

Pemandu Audi putih diburu

Johor Bahru: Polis sedang memburu pemandu sebuah kereta Audi putih yang menghalang seorang wanita sambil menunjukkan tanda lucah, selain merakam gambar mangsa dalam kejadian tular di Facebook (fb) hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, berkata mangsa seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan pada jam 9.41 pagi di Balai Polis Johor Jaya, Jumaat lalu. Bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang. Polis sedang mengesan dan menahan suspek. Berdasarkan keterangan saksi dan video yang tular itu, polis sudah mengenal pasti pemilik kereta namun belum menemuinya. “Berikutan itu, orang … Continue reading Pemandu Audi putih diburu

Video murid salam pengawal keselamatan mendapat pujian

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Jarang sekali kita melihat pelajar memberi salam sambil mencium tangan pengawal keselamatan di pintu sekolah sebelum memulakan sesi persekolahan harian. Namun, nilai murni itu dapat dilihat dipraktikkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan, Keningau, Sabah. Rakaman video yang ditularkan oleh seorang pemandu lori Azwan Mahmin, 39, di laman media sosial mendapat sambutan positif pihak warganet, termasuk Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. Maszlee dalam akaun Twitternya yang memuji pelajar-pelajar SK Luagan itu berkata budaya menghormati perlu diterapkan kepada anak-anak. “Sekolah sememangnya harus berfungsi sebagai satu platform pendidikan yang memupuk budaya hormat-menghormati,” katanya. Video berdurasi 41 saat itu … Continue reading Video murid salam pengawal keselamatan mendapat pujian

Penjelasan pengarah mengenai penularan gambar mesra Intan dan Zul

Kalau sesiapa yang sedang menyaksikan drama ‘Setelah Ku Dimiliki’ yang kini ditayangkan di slot Akasia, pasti anda dapat lihat kemesraan teraju utamanya iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa. Kelmarin, tular beberapa gambar mesra kedua-dua pelakon tersebut. Gambar mereka yang berdakapan dan berpelukan mesra di dalam laut telah menimbulkan tanda tanya netizen. Walaubagaimanapun, pengarah drama itu sendiri iaitu Osman Ali meluahkan rasa terkejut dengan penularan gambar mesra tersebut. Pengarah terkenal ini turut menafikan bahawa aksi itu dilakukan sebagai gimik untuk menaikkan rating naskhah tersebut, Dia juga menambah bahawa selepas mendapatkan kepastian daripada kesemua pihak yang terbabit di lokasi, tiada langsung penggambaran … Continue reading Penjelasan pengarah mengenai penularan gambar mesra Intan dan Zul

Model pengantin saman pemilik butik pengantin?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan beberapa keping gambar tular di laman sosial mengenai beberapa model memperagakan pakaian pengantin Melayu di kawasan perkuburan bukan Islam. Gambar-gambar tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat negara ini kerana telah menyentuh isu sensitiviti agama dan tidak menghormati kawasan perkuburan berkenaan. Walaupun pemilik butik pengantin itu telah membuat kenyataan meminta maaf kepada umum, difahamkan model pakaian pengantin sebenarnya dikhianati oleh pemilik butik kerana tidak memberitahu lokasi sebenar penggambaran sebelum sampai di lokasi. Seorang pengguna Twitter, @noora1na, berkongsi situasi sebenar yang dialami oleh rakannya yang menjadi model pakaian pengantin berkenaan. “Long story short, WP(Wedding Planner) just bagitau model yang nak … Continue reading Model pengantin saman pemilik butik pengantin?

Hidangan Mi berulat.

“SAYA tiada niat jahat dan hanya mahu memberi peringatan kepada orang lain supaya lebih berhati-hati kerana ia membabitkan makanan,” kata Wan Mohd Amirul Wan Mohd Azam. Wan Mohd Amirul, 24, adalah individu yang memuat naik video yang memaparkan mee segera goreng ayam berulat di sebuah restoran di Seri Manjung yang tular hari ini. Menurutnya, kejadian itu berlaku kepada rakannya 5 pagi tadi dan merakam video berkenaan sebelum dikongsi dengannya di WhatsApp. “Rasanya mee segera tiada masalah cuma ulat dari ayam yang dipercayai sudah beberapa hari, nasib baik dia belum sempat menjamah hidangan itu. “Rakan sudah memaklumkan kepada orang kedai berkenaan … Continue reading Hidangan Mi berulat.