Permohonan maaf photoshoot di kubur.

“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,” kata pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26. Nur Amirah memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai gambar seorang model wanita bergambar di tepi kubur bukan Islam yang dimuat naik di Facebook (FB) miliknya baru-baru ini. Gambar itu kemudiannya tular di media sosial hingga mengundang kemarahan warganet yang kurang senang dengan tindakan jurugambar seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam. Menceritakan perkara sebenar, Nur Amirah berkata, gambar berkenaan diambil pada Ahad lalu di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat. Menurutnya, gambar itu diambil untuk … Continue reading Permohonan maaf photoshoot di kubur.

Nabila Huda bidas teguran PU Syed

Sebelum ini foto Nabila Huda di Instagram bersama seekor anjing baka Husky menerima teguran daripada Pencetus Ummah Syed. Malah, PU Syed berkata perbuatan tersebut seolah sudah menjadi kebiasaan di kalangan selebriti. Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed PU Syed turut mengatakan, Abil tidak sepatutnya berkongsikan foto tersebut bimbang boleh mengundang fitnah. Tidak mahu dirinya terus dianggap membawa pengaruh negatif, Nabila Huda dalam satu video membidas teguran PU Syed. Nabila turut menjelaskan bahawa dia memegang anjing dalam keadaan kering dan telah pun samak selepas itu. Menurut Nabila lagi, apa yang dimuat naik olehnya di media sosial adalah hak individu. Ujarnya lagi, teguran yang … Continue reading Nabila Huda bidas teguran PU Syed

Bergaduh di Grandstand Sepang

LELAKI warga Indonesia ditahan dipercayai terbabit dalam kejadian bertumbuk di Pintu Utama Grandstand Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang, semalam. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, dalam kejadian 3.45 petang itu, suspek berusia 32 tahun dipercayai menumbuk petugas lelaki berusia 24 tahun. “Puncanya apabila lelaki warga Indonesia itu ditegur kerana menendang pagar. Mangsa bertugas di Pintu Utama Grandstand SIC sebelum suspek terbabit menendang pagar. “Mangsa yang menegur lelaki itu kemudiannya diserang dan ditendang. Dalam kejadian itu mangsa cedera di bibir,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. Beliau berkata, susulan kejadian itu, … Continue reading Bergaduh di Grandstand Sepang

Langgar 8 remaja berbasikal lajak, jurujual dibebaskan.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini hari ini, melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dua tahun lalu. Majistret Siti Hajar Ali, membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. Siti Hajar dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan berkenaan bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh menyebabkan pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada jam 3 pagi selain keadaan bahaya itu … Continue reading Langgar 8 remaja berbasikal lajak, jurujual dibebaskan.

Kes pukul – suspek ditahan

KUALA LUMPUR – Lelaki yang bertindak memukul seorang pengawal keselamatan kondominium di Setapak semalam kerana tidak berpuas hati tayar keretanya dikunci ditahan polis bagi membantu siasatan. Lelaki berkenaan yang meletakkan kenderaan di ruang parkir orang kelainan upaya (OKU) bertindak membelasah pengawal keselamatan warga Nepal dengan kayu golf. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pengawal keselamatan berusia lingkungan 30-an terbabit cedera di lengan dan telinga akibat dipukul suspek. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata sebelum kejadian mangsa yang mendapati terdapat sebuah kereta jenis Honda Jazz diletakkan di ruang parkir OKU bertindak mengunci tayar kenderaan itu pada … Continue reading Kes pukul – suspek ditahan