Peniaga diingatkan agar tidak menaikkan harga barang pada musim cuti sekolah ini

KUALA TERENGGANU, 18 Nov — Golongan peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan makanan dengan sesuka hati pada musim cuti sekolah ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman berkata, … Continue reading Peniaga diingatkan agar tidak menaikkan harga barang pada musim cuti sekolah ini

Kantin sekolah runtuh

Sebuah kantin sekolah di Kuching runtuh. Dilaporkan kejadian berlaku di Sekolah Kebangsaan Siol Kanan di Kuching. Kejadian berlaku sekitar jam 12.50 tengahari dan difahamkan seramai tiga pekerja berjaya mengelak daripada dihempap struktur kantin berkenaan. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Kuching, Ismail Ibrahim, mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. “Susulan insiden tersebut, tindakan segera mematikan sumber bekalan elektrik telah dilakukan manakala pita keselamatan dipasang di sekeliling kawasan bangunan yang terlibat. Sekolah tersebut menempatkan 875 murid termasuk prasekolah, 59 guru dan 8 kakitangan awam. Sumber: Astro Awani Continue reading Kantin sekolah runtuh